Wednesday, August 19, 2015

Resepi: Bubur Tepung Pulut

Hey gais. Its been a long time since i post an entry about food. I believe this is a simple recipe for those beginners yang macam ai ni untuk buat kan.. Acah2 motherly pula main masak2 bubur ni tau.. hiks

So, Bubur tepung pulut. Here we go. Ini sukatan resipi untuk sekeluarga makan tau. Kalau makan sendiri, kurang2 kan lah sedikit yah.

Bahan-bahan diperlukan;

1 pkt tepung pulut
Santan biji kelapa
Gula pasir
Biji sagu
Beberapa pewarna makanan (sukahati colour apa ya)

Cara-caranya:

1. Asingkan biji sagu dan rendam.

2. Campurkan tepung pulut dan sedikit air. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu cair ya, yang sedang2 saja. hehe

3. Bahagikan portion yang sama rata untuk setiap pewarna. Setiap bekas satu. Contoh gambar dekat bawah ni ha. Gaulkan lagi setiap portion untuk setiap warna okay sampailah warnanya cun melecun. Awww


4. Panaskan santan yang telah diperah tadi. Pada api yang slow yaa. Selepas beberapa minit, tuangkan gula pasir pada kuantiti yang diinginkan. Tak nak banyak2 lah kaaan sikit2 dah lah asalkan rasa manis tuu dahlahh (still pada api yang low ya)



5.  Pada masa ni, boleh lah panggil jiran sebelah kampung sekali untuk join pembentukan tepung pulut warna warni tadi. Boleh buat bentuk macam sukahati korang lah okay. Bulat boleh, empat segi boleh, tiga segi puuun boleh! Bentukkan dan masuk terus kat dalam santan yang tengah boiling tu k. 

Tapi kalau nak dibentukkan awal2 pun tak jadi masalah. Bentukkan dan rendam air panas. Nanti campur jeee kat dalam kuah santan tuh. Depends korang lah mana yang senang kan. Tapi lagi senang orang buatkan kita tinggal makan jee hehe

6. Jangan lupa pula, masukkan juga biji sagu yang telah direndam tadi tu. 



Taraaaa! Siap pun. Tapi ini namanya malas. Tengok lah ntah bentuk hape2 lah aku buat kan... Hiks

Selamat membuat semua!